Musim perayaan bukan sekadar tentang makan kuih dan kunjung-mengunjung, tapi juga masa terbaik untuk meneroka lokasi menarik yang penuh dengan vibe Raya!
Kalau korang masih tak tahu nak pergi mana, ini 6 tempat paling happening sekitar Kuala Lumpur yang wajib masuk dalam itinerary Raya korang tahun ni.
1. Pavilion Bukit Jalil
Pertama sekali, Pavilion Bukit Jalil memang lokasi terbaik untuk korang yang suka suasana glamor dan fesyen eksklusif. Setiap tahun, Pavilion dihiasi dengan dekorasi Hari Raya yang elegan, dipenuhi lampu-lampu cantik dan vibe meriah yang memang sesuai untuk bergambar.
Bukan itu sahaja, ada pelbagai butik fesyen mewah untuk korang yang nak shopping baju Raya paling trendy. Tahun ni, Pavilion mengetengahkan tema “Kemeriahan Bersama BoBoiBoy” yang membawa tema keajaiban elemen dan persahabatan yang penuh warna-warni!
Dengan dekorasi bertemakan BoBoiBoy dan rakan-rakannya, setiap sudut dipenuhi aura kehebatan dan keseronokan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan hiasan gergasi, aktiviti menarik, dan pengalaman Raya yang luar biasa!
2. AEON MALL
Dan yang paling epik, AEON MALL tahun ni membawakan Seloka Raya dengan Tom and Jerry! Ya, betul! Destinasi pilihan untuk raya korang paling meriah!
Dengan dekorasi klasik dan ruang interaktif bertemakan dua watak ikonik ini, AEON MALL menjanjikan pengalaman Raya yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Kenapa AEON MALL Best untuk Raya?
Port Bergambar Raya Paling Cun
Bagi penggemar OOTD, AEON MALL menghiasi pelbagai sudut dengan gabungan tema tradisional dan moden yang sempurna untuk sesi fotografi Raya. Setiap lokasi dihias dengan penuh kreativiti, menjadikan setiap gambar lebih bermakna dan Instagram-worthy!
Destinasi Shopping Raya Last-Minute
Masih mencari baju Raya, kasut, atau kelengkapan rumah? AEON MALL menawarkan pelbagai pilihan fesyen Hari Raya, termasuk promosi eksklusif seperti diskaun dan hadiah percuma! Tidak perlu risau jika persiapan belum lengkap kerana semua keperluan ada di sini.
Spot Hiburan Keluarga & Anak-anak
AEON MALL membawa pengalaman unik dengan Meet and Greet Tom and Jerry serta zon permainan bertemakan Raya. Aktiviti khas ini pastinya menceriakan kanak-kanak dan memberikan kenangan indah buat seisi keluarga!
Tempat Lepak Santai & Café Bertemakan Raya
Nikmati hidangan lazat dalam suasana festive dining di beberapa restoran yang menawarkan menu khas Hari Raya. Dekorasi bertema menjadikan pengalaman makan lebih istimewa sambil berkongsi momen indah bersama yang tersayang.
Aktiviti Raya Bertemakan Nostalgia
Untuk mereka yang rindu suasana kampung, AEON MALL menghadirkan dekorasi klasik dengan sentuhan nostalgia.
Lokasi Pengalaman Raya Paling Unik
Tahun ini, AEON MALL memperkenalkan Seloka RAYA Parade – perarakan khas pertama di Malaysia dengan maskot, muzik, dan persembahan budaya. Ia merupakan tarikan utama yang tidak boleh dilepaskan!
Dengan pelbagai aktiviti menarik, AEON MALL menjadi destinasi ‘all-in-one’ untuk sambutan Hari Raya yang penuh dengan keseronokan, shopping, dan hiburan!
Korang tengoklah Maskot fluffy Mochi & Orange dalam pakaian tradisional Parade ni. Comel do’oh! Betul-betul mencuit hati pengunjung yang datang ke sini!
Nak pengalaman Raya paling epik? AEON MALL ada segalanya – daripada shopping, hiburan keluarga, tempat lepak santai hingga aktiviti nostalgia yang best! Info lanjut klik jer SINI.
3. The Curve di Mutiara Damansara
Seterusnya, The Curve di Mutiara Damansara membawa korang kembali ke nostalgia kampung dengan dekorasi yang cukup klasik. Kemeriahan nostalgia Raya di the Curve ini bertemakan “Beraya di Kota Raya”
Untuk menambah kemeriahan, ada juga Bas Mini berwarna pink. Korang sempat ke naik Bas Mini ni? Kalau nak mengimbau balik kenangan dan bergambar bersama bas pink ni, boleh datang ke the Curve!
Setiap sudut dihias dengan elemen tradisional, lengkap dengan bazar Raya yang menawarkan pelbagai gerai kuih-muih dan pakaian yang buatkan korang rambang mata nak memilihnya.
Kalau korang masih mencari baju kurung last-minute atau nak tambah kuih raya untuk rumah terbuka, The Curve adalah lokasi yang tepat!
4. Sunway Pyramid
Bagi yang sukakan suasana lebih moden dan interaktif, Sunway Pyramid adalah pilihan yang tak mengecewakan.
Setiap tahun, pusat beli-belah ikonik ini menampilkan dekorasi perayaan yang kreatif dan unik. Yang paling menarik, ada ice skating rink yang boleh jadi aktiviti santai selepas sibuk kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara.
Selain itu, Sunway Pyramid juga menawarkan pelbagai restoran halal terkenal untuk berbuka puasa dan menikmati juadah Raya yang lazat. Kalau korang suka gabungan shopping, hiburan dan makanan sedap, sini memang tempat yang kena masuk dalam checklist!
5. Central Market
Untuk korang yang sukakan elemen budaya dan seni tradisional, Central Market adalah lokasi wajib lawat! Tempat ini terkenal sebagai pusat kraf dan seni Malaysia, di mana korang boleh dapatkan barangan seperti batik, songket, dan aksesori unik untuk digayakan di hari raya.
Tahun ni, Central Market juga menganjurkan pameran budaya Raya termasuk seni anyaman dan lukisan batik. Selain itu, ada persembahan ghazal dan wayang kulit yang akan menghidupkan suasana nostalgia kampung.
Kalau nak cari dekorasi rumah yang unik atau hadiah Raya yang lebih bermakna, Central Market adalah tempat terbaik!
6. Taman Botani Perdana
Bagi yang mencari ketenangan selepas sibuk beraya, Taman Botani Perdana adalah pilihan yang sempurna. Lokasi ini menawarkan persekitaran hijau yang segar, sesuai untuk berkelah bersama keluarga atau mengambil gambar OOTD Raya dengan latar alam semula jadi yang cantik.
Selain itu, pengunjung juga boleh menaiki bot di tasik taman sambil menikmati angin petang yang nyaman. Jika korang nak berehat seketika daripada kesibukan bandar dan mahukan suasana yang lebih santai, ini adalah tempat yang patut dikunjungi.
Jadi, tak kira sama ada korang nak shopping, makan besar, berhibur atau menikmati alam semula jadi, 6 lokasi sekitar KL ini menjanjikan pengalaman Raya yang meriah!
So, korang dah ready nak serbu yang mana dulu?