Penyanyi Waheeda memberi teguran pada segelintir rakan artis yang melancar lagu raya pada awal Ramadan dan didakwa seolah tidak menghormati bulan mulia ini.

Menerusi satu perkongsian video, Waheeda turut meluahkan rasa kecewa dengan pemakaian sesetengah artis yang terlalu terdedah dan tidak dijaga.

BACA: 10 Tahun Menyepi, Waheeda ‘Wassini’ Bakal Kembali

@ttyl.podcast

“WAHEEDA TEGUR PENGGIAT SENI” Berhibur tak salah, tapi bulan Ramadan ni setahun sekali je kan? Ayuh kekalkan kemuliaan Ramadan dengan melazimkan Al-Quran! For Nuzul Quran edition of StoryMorehTTYL, our very own #TTYLReligi podcaster, @officiallywaheeda shares her thoughts on honoring Ramadan and anticipating Lailatul Qadr. In this digital time capsule, we’re capturing one-minute Ramadan & Raya stories from 2025 / 1146H. Stay tuned for more fascinating story-mory from everyday people! #StoryMorehTTYL #timecapsule #ramadanrayastories

? original sound – TTYL : Talk To You Later – TTYL : Talk To You Later

“Saya ingin menyatakan sesuatu sebagai anak seni dan peringatan kepada rakan-rakan lain. Pada saya sekarang, ini sudah semakin kurang ajar.

“Sekarang, sebelum puasa dan masuk pertengahan Ramadan sudah mula bernyanyi lagu raya serta buat promosi. Bukan itu sahaja, dari segi keterampilan pun sudah tidak dijaga,” katanya.

Sementara itu, Waheeda turut menitipkan nasihat kepada rakan artis bahawa yakin dengan rezeki Allah dan serta mempersoalkan adakah memilih untuk keluarkan lagu raya awal kerana persaingan.

“Anak-anak seni takut nak kena keluarkan lagu awal sebab nak promosi? Kenapa, adakah sebab nak bersaing antara satu sama lain. Jadi, di mana keyakinan terhadap rezeki Allah? Allah yang naik dan juga turunkan (rezeki). Tukar mindset kita,” katanya.

Dalam pada itu, Waheeda turut berharap agar mereka berubah menjadi insan yang lebih baik selepas ini serta meluahkan rasa sedih apabila bulan mulia ini tidak dihormati.

“Ramadan ini sepatutnya mengingatkan kita pada, ‘kau tak takut tuhan ke?’

Harapnya selepas ini biarlah lebih baik sebab khuatir, kalau macam inilah Ramadan sekarang kita tak tahu apa akan jadi Ramadan tahun hadapan. Sedih sebab bulan Al-Quran tetapi ianya tidak dihormati,” katanya.

×