Sebelum ini, pelakon Zahiril Adzim menjadi perhatian ramai apabila berjaya mengalunkan bacaan ayat daripada Surah Al-A’laa dengan lancar.
Malah, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum serta berpendapat pelakon yang terkenal dengan watak Falah itu ‘tidak kosong’.
BACA: Diminta Berlakon Aksi Ranjang, Zahiril Adzim Tolak Tawaran Hollywood
@qawiyaro Terjah ngaji @Zahiril Adzim ?? MasyaAllah peringatan yang best dari Falah ??? #quranchallenge #terjahngaji #mantuy
Menerusi temu bual bersama Hlive, Zahiril berkata dia takut untuk mengulas mengenai perkara tersebut serta beranggapan ianya adalah takdir Allah dia disoal mengenai surah yang dihafal.
Sementara itu, Zahiril berkata dia bukan orang baik seperti yang disangka sebaliknya Allah yang masih menutup aibnya.
“Saya takut nak jawab soalan ni, Astaghfirullahalazim. Itu sebenarnya takdir Dia dapat surah yang saya hafal. Saya tak ada baik macam orang sangka.
“Saya ni nampak je baik padahal tak baik pun Allah tutup aib saya. Saya berani cakap saya bukanlah seperti orang kata tak kosong, saya biasa-biasa, cuma susunan Allah yang menampakkan saya macam tu, tapi saya bukan orang baik,” katanya.
Terdahulu, pempengaruh terkenal dengan cabaran membaca Al-Quran iaitu Qawiy meminta aktor berkenaan untuk menyambung ayat bacaan daripada surah tersebut.
SUMBER: Instagram Hlive