Berani Kerana Benar, Syed Saddiq Mahu Bersihkan Nama Di Mahkamah

Nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal diketahui esok mengenai keputusan terhadap rayuan kes dihadapinya berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, Syed Saddiq menegaskan pendiriannya dengan ungkapan ‘berani kerana benar’ dan mahu mempertahankan integriti di mahkamah.

BACA: Anak Bella Astillah ‘Approved’ Syed Saddiq

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Menurutnya, sejak tahun 2020, keluarganya telah disiasat oleh pihak berkuasa dan mendakwa terdapat percubaan sogokan serta ugutan turut diterima.

Malah dia tidak sesekali menggadaikan prinsipnya sebaliknya berdepan proses perundangan tanpa cubaan untuk melengah-lengahkan perbicaraan atau meminta kes digugurkan.

“Saya tidak menerima sogokan. Saya tidak melompat parti. Saya tidak meminta kes ini digugurkan. Saya tidak cuba melengah-lengahkan proses mahkamah.

“Saya mahu membersihkan nama saya di mahkamah, walau apa pun risikonya. Saya serahkan segalanya kepada Allah SWT dan keputusan mahkamah. Insya-Allah, kebenaran akan tertegak jua,” katanya.

×