Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr.E. dilihat semakin terbuka berkongsi keakraban mereka kepada umum dan tidak lagi berselindung.
Memetik mStar Online, Erra berkata mungkin disebabkan faktor usia dia menjadi lebih terbuka serta yakin untuk berkongsikan kehidupan peribadinya di media sosial.
BACA: “Andai Bumi Terbelah, Aku Tetap Cinta Padamu” – Erra Fazira & Mr.E ‘Healing’ Bersama Di Tepi Sungai
Menurut Erra dia mahu nikmait kehidupan serta mengharapkan doa yang baik-baik dari orang ramai serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan.
“Kalau cakap semakin terbuka, ya. Tetapi tidaklah terlalu terbuka sebab saya sayangkan privasi sendiri. Cuma sekarang saya lebih yakin, mungkin sebab faktor usia. Saya pun tidaklah keterlaluan dan mahu nikmati sahaja kehidupan ketika ini.
“Saya harapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai. Kepada mereka yang mengikuti dan mendoakan, terima kasih serta teruskan doa. Doa itu bukan ke jenjang pelamin sahaja, yang penting kehidupan selepas itu,” katanya.
Bagaimanapun, Erra masih tidak mendedahkan status hubungannya dengan usahawan tersebut apabila ditanya media.
Terdahulu, Erra mengaku sedang mengenali seseorang namun meminta agar semua pihak memberi ruang kepadanya. Sementara itu, Mr E tidak menafikan yang mereka kini sedang dalam fasa mengenali hati budi namun hubungan mereka tidak lebih sekadar berkawan baik.
SUMBER: mStar Online