Pelakon Sharifah Shahirah bakal memulakan tugas sebagai penyampi radio di stesen Era bermula Isnin depan bergandingan dengan Haziq Hussni dan Namie.
Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram Era dimana ketiga-tiga mereka akan menggantikan penyampai 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin yang kini direhatkan sementara waktu.
BACA: Lesen Tak Digantung, Era FM Dikompaun RM250,000
View this post on Instagram
“Dia pun dah siap prepare tau nak jadi announcer, korang kena tengok penampilan DJ Rare ni bersama Haziq dan Namie bermula 17 Mac ini,” tulis hantaran berkenaan.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja untuk mengendar kembali suara Sharifah Shahirah ke udara dan tidak sabar menantikan hari Isnin depan.