Sekejap je masa berlalu kan? Tak lama lagi kita dah nak menyambut lebaran. Plan berbuka dengan kawan-kawan tu dah jadi ke belum? Haa…jangan sampai tinggal kenangan sudah lah ye. Haha..

Oh ya by the way, anda dah pilih belum tempat menarik untuk berbuka tu? Kalau belum ada, kami cadangkan anda datang ke buffet Ramadan yang sangat berbaloi dan rare kalau anda datang ke sini. Buffet paling best semestinya di Resorts World Awana! Confirm meriah habis!

Jom Berbuka Puasa di Tengah Keindahan Alam

Di Jom Makan Awana, anda bukan sekadar berbuka, tapi betul-betul merasai vibe tradisi Melayu dengan pelbagai makanan warisan asli dikelilingi alam semula jadi. Ini bukan buffet biasa-biasa!

Bila sebut je buffet Ramadan, apa yang terlintas dalam fikiran anda? Lauk-pauk kampung yang sedap, suasana santai, dan pengalaman hidangan yang lain daripada yang lain, kan? Tapi, pernah tak terfikir nak berbuka dalam udara sejuk, dikelilingi kehijauan alam, ruang yang luas dan selesa? Haa sinilah tempatnya, memang feeling habislah.

Kenapa Buffet Ini Memang Berbaloi?

Kalau dah bayar untuk buffet, mestilah kita nak yang betul-betul puas hati, kan? Nah, sini ada empat sebab kenapa anda wajib try buffet ni!

1. Lokasi Rare di Tengah Alam

Pernah tak terfikir nak berbuka dengan suasana macam bercuti? Dekat sini, anda dapat makan dengan udara sejuk semula jadi, jauh dari hiruk-pikuk bandar. Angin nyaman, pemandangan hijau – memang lain daripada yang lain! Makan pun rasa lebih sedap bila suasana tenang dan damai macam ni.

2. Menu Warisan Melayu yang Menggamit Nostalgia

Kalau anda rindu masakan kampung, memang wajib datang sini! Bayangkan gulai kawah berempah,Sup Padu Gearbox, lebih 10 jenis kerabu dan sambal pencecah dan ulam-ulaman segar, semua ada. Setiap suapan rasa macam berbuka di rumah mak, tapi dalam versi lebih grand!

3. Live Cooking Station & Menu Shell Out

Panas, Fresh & Lazat! Tak ada yang lebih best daripada makanan yang dimasak depan mata.

Satay yang dipanggang dengan bau yang menusuk jiwa, kambing golek yang juicy dan berempah, serta pelbagai hidangan panas yang dimasak on-the-spot!

Semua buat perut tak sabar nak makan. Anda boleh tengok sendiri chef menyiapkan hidangan, confirm puas hati!

Selain hidangan tradisional yang menyelerakan, buffet Ramadan kali ini juga menawarkan hidangan shell out yang pasti memikat selera anda. Nikmati pelbagai jenis makanan laut segar seperti udang, ketam dan sotong yang disajikan dengan perasa istimewa.

Setiap hidangan shell out disediakan dengan rempah ratus yang penuh rasa, menjadikan pengalaman berbuka puasa anda lebih istimewa dan berbeza. Tidak hanya menikmati juadah warisan di tengah alam, tetapi juga menjamah makanan laut segar yang menggoda selera.

4. Minuman & Pencuci Mulut Tradisional

Apa makna berbuka kalau tak ada air sedap? Dekat sini, ada air kelapa muda yang menyegarkan, sirap bandung soda yang padu, dan aneka kuih-muih tradisional yang confirm buat anda tambah lagi. Paling best, boleh ulang banyak kali – jadi jangan segan-segan!

5. Santai, Sejuk & Tak Bising!

Kalau dah bosan berbuka dalam suasana sesak dan bising, tempat ni memang perfect untuk anda. Dengan pemandangan hijau yang tenang, buat pengalaman berbuka puasa jadi lebih bermakna.

Sambil makan, boleh hirup udara segar, jauh dari kesibukan kota. Tak perlu rushing, tak perlu pening, cuma nikmati momen berbuka dengan penuh keselesaan.

Jangan Tunggu Lama, Tempat Terhad!

Amacam? Dah jatuh hati ke tu. Kalau nak pengalaman berbuka yang rare, tenang, dan penuh dengan hidangan nostalgia, inilah tempatnya! Jangan tunggu last minute, takut penuh! Cepat tempah dan rasai sendiri vibe berbuka yang lain daripada lain. Anda perlu rasainya sendiri!

Info dan Tempahan: Klik di sini

Jom berbuka dengan gaya, selera dan suasana yang pasti buat anda teringat sampai bila-bila!

×