Azhar Sulaiman Tak Setuju Tiga Penyampai Radio Digantung Tugas

Pelakon Azhar Sulaiman turut tampil bersuara isu yang hangat diperkatakan membabitkan tiga penyampai radio yang didakwa telah mempersenda agama di media sosial.

Menurut Azhar dia kurang bersetuju dengan tindakan dikenakan kerana mereka hanya menjalankan tugas mengikut konten pihak penyiar.

BACA: “Buat Sahabatku Bertiga, Berhenti Minta Maaf” – Sharnaaz Ahmad

Katanya lagi, pihak yang penyiar dan juga yang menjaga konten perlu menapis apa yang boleh atau tidak dikongsikan di media sosial.

“Sebagai artis, termasuk diri saya sendiri, apabila berada di hadapan kamera, kadang-kadang kami boleh menjadi terlalu sopan, di luar kawalan dan sedikit ‘gila’ dalam percakapan atau perbuatan.

“Sudah menjadi standard praktis untuk pihak penyiar, editor, pengarah memastikan tapisan apa yang boleh dan tak boleh dimuat naik ke massa,” katanya.

Sementara itu, Azhar berkata ketiga penyampai tersebut bukanlah individu yang rasis dan sentiasa menghormati serta menjunjung Al-Quran dan undang-undang negara.

×