Menyambut Ramadan tanpa insan bernama suami, pelakon Nora Danish tidak menolak ada rasa sedih namun bersyukur keluarga sentiasa menemaninya.
Memetik BH Online, Nora berkata dia tinggal berdekatan dengan ibunya dan hubungannya dengan bekas suaminya, Nedim Nazri masih rapat serta selalu bertemu.
BACA: Takut Tanggung Dosa, Nora Danish Beri Baju Seksi Kepada Rakan Bukan Islam
“Saya dan bekas suami masih rapat, jadi kami selalu berjumpa. Namun, Ramadan ini terfikir-fikir juga apa Nedim makan, tapi sekadar itu sahajalah sebab kami biasa bersama. Saya tinggal berdekatan dengan emak, jadi tidak rasa kehilangan,” katanya.
Sering dilihat hadir ke majlis ilmu bersama Nedim, Nora berkata dia selesa serta melihat tidak salah untuk bersama-sama membuat kebaikan.
“Kalau hendak buat benda baik, kita harus jemput mereka yang mahu bersama. Bagi saya, Nedim adalah bapa kepada anak saya. Jadi, apabila hendak buat kebaikan, apa salahnya bersama. Saya pun teringin hendak buat majlis tadabbur di rumah sendiri,” katanya.
Sementara itu, Nora berkata dia meluangkan masa bertadarus selama 15 hari sempena Ramadan serta menyimpan hasrat untuk khatam Al-Quran.
“Saya mahu khatam al-Quran, insya-Allah. Selain itu, saya akan luangkan masa bersama keluarga. Saya kurangkan aktiviti sebab hendak menyambut Ramadan lebih daripada Aidilfitri,” katanya.
SUMBER: BH Online