“Sikit-Sikit Nak Record, Lepas Tu Post” – Linda Onn

Penyampai radio terkenal, Linda Onn menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan dunia media sosial masa kini.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Linda berkata pada masa kini bahaya kerana boleh disebarkan melalui media sosial.

BACA: Linda Onn Nafi Pernah Dapat Gaji Cecah RM45,000 Sebulan Sebagai DJ Radio

Kata Linda lagi, jika sebelum ini boleh bergurau tanpa rasa bimbang kerana tiada kamera yang akan merakam serta tiada media sosial.

“Dulu nak bergurau ke.. nak buat apa pun, takde camera merata nak record.. dan takde social media yang nak ditayangkan,” tulisnya.

Namun, kini orang ramai perlu berhati-hati kerana bimbang apa yang dipertakan boleh menimbulkan salah faham apatah lagi di zaman kamera di ‘tangan’.

Sementara itu, Linda turut mengingatkan bahawa apa saja yang dimuat naik di media sosial boleh memberi kesan kepada individu terlibat dan hidup kini tidak bebas seperti dahulu.

×