Pelawak Shahrol Shiro kurang bersetuju dengan dengan tindakan stesen radio yang menggantung tugas tiga penyampai radio iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin sementara menunggu siasatan selesai.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shahrol berkata mereka sudah pun memohon maaf, malah turun ke Batu Caves untuk memohon maaf secara bersemuka.

BACA: Shahrol Shiro Lapor Polis, Dakwa Harith Iskander Hina Agama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

Katanya lagi, tidak perlu untuk menggantung tugas mereka yang terlibat kerana mereka juga ada keluarga yang perlu disara.

Shahrol turut meningatkan semula insiden yang berlaku sebelm ini melibatkan kedai serbaneka KK Mart dan pengguna Facebook Cecilia Yap sebelum ini.

“Dorang sudah pun digantung tugas sebagai penyampai radio. Dorang dah minta maaf, dorang dalam siasatan sepatutnya bagi lah masa sehingga siasatan tu lengkap barulah ERA ambil tindakan. 

“Macam isu KK Mart, minta maaf tapi dalam siasatan, tutuplah dulu premis tu sementara. Ada la juga hukuman.

“Kalau boleh tak perlulah gantung tugas mereka kerana mereka ada keluarga yang perlu disara,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrol turut menitipkan pesanan kepada penyampai radio terlibat dan orang ramai untuk menjadikan insiden tersebut sebagai tauladan serta saling hormati budaya dan agama lain.

×