Pelawak Johan menjadi perhatian ramai apabila menegur pembantu rumahnya supaya tidak melupakan ibadah solat dan mengaji meskipun sedang bekerja.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, Johan mengingatkan pembantu rumahnya untuk mencari masa untuk membaca Al-Quran serta meninggalkan kerja apabila dipanggil untuk solat jemaah.

BACA: Johan Tersentuh Hati Bila Ozlynn Cakap “Mulai Saat Ini, Auratnya Hanya Untuk Saya”

@jozlynnhanania_

Dia bebel kat helper.. kerja2.. Quran jangan lupa.. x kan setiap masa sya dgn maam nak ingatkan.. bila sya panggil semua jemaah harus tinggalkan semua kerja yg kamu tgh buat.. Solat dulu.. bila sya cakap semua mengaji makna berhenti setiap kerja dan mengaji.. kalau kamu x sempat nak mengaji sama tlg carik ruang.. sya xnak di akhirat nnt kamu bilang sibuk kerja dgn sya smp x sempat solat dan mengaji quran.. sya x mahu di tuntut ESOK.. kalau mengaji x paham makna tanya maam.. kalau maam x tahu baru maam akan tanya sya.. haaaaa gitu la kalau dia nasihat semua helper dia.. boss yg paling susah nak marah.. tp kalau dia marah pasti satu umah gerun.. akan ingat la gegaran hamukan dia.. satu taman boleh tau dia naik hantu.. ?? tu la moment dgn helper.. aku boleh ckp dia boss yg baik #johanania #familyhanania #johanohjohan #helper

? original sound – JozlynnHanania_ – JozlynnHanania_

“Quran jangan lupa. Tak kan setiap masa saya dan Maam (Ozlynn) nak ingatkan. Bila saya panggil semua jemaah harus tinggalkan semua kerja yang kamu tengah buat.

“Solat dulu, saya tak mahu di akhirat nanti helper cakap sibuk kerja sampai tak sempat solat dan mengaji. Kalau tak sempat mengaji, tolong cari ruang,” katanya.

Sementara itu, teguran dibuat Johan itu kerana dia tidak mahu disoal di akhirat kelak. Dalam pada itu, Ozlynn turut memuji suaminya itu sebagai majikan yang baik.

“Kalau mengaji tak faham, tanya Maam. Kalau Maam tak tahu, baru Maam akan tanya saya. Saya tak mahu dituntut esok. Kena solat dan mengaji.

“Macam itu lah nasihat Johan pada pembantu. Bos yang paling susah nak marah. Itu lah momen dengan pembantu rumah, aku boleh cakap dia bos yang baik,” tulisnya.

×