Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu FazeeraNazri meluahkan rasa kurang senang apabila ada netizen yang mempersoalkan dia hamil jarak dekat.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Fazeera memuat naik paparan mesej individu berkenaan yang berkongsi pendapatnya mengenai kehamilan jarak dekat.
BACA: Hebat! Isteri Fizo Omar Dapat Band 7 Dalam Ujian IELTS
“Jaga diri awak, ini bukan soal rezeki tapi badan mahu pakai lama. Saya pernah mengandung jarak dekat. Masa bersalin kena tumpah darah sebab tak jaga penjarakan, itu pandangan saya lah,” tulisnya.
Tidak hanya berdiam diri, Fazeera menganggap dikurniakan anak yang ramai merupakan rezeki dari Allah dan dia tidak mampu menolaknya.
“Berdosa ke saya yang sudah bersuami ini mengandung? Kalau rezeki, takkan saya nak tolak. Saya percaya, setiap cahaya mata ada lorong rezeki yang tak berpenghujung,” katanya.
Dalam pada itu, Fazeera turut menegur sikap segelintir wanita yang seakan mahu menjatuhkan martabat wanita lain berikutan kesusahan yang mereka alami
“Saya rasa tak perlu kot wanita sesama wanita ini ‘down’ kan wanita lain. Sikit-sikit cakap ‘nanti stress cakap anak ramai’, ‘ada pembantu rumah senang lah’, ‘badan mahu pakai lama lah’, ‘mengandung lagi?’, ‘suami tak kesian dekat isteri ke?’.
“Walaupun kalian di luar sana melalui beberapa kepayahan dalam kehamilan, tak perlu tarik orang lain atau cerita benda itu kepada orang lain,” katanya.
Baru-baru ini, Fazeera memaklumkan dia dan Fizo Omar bakal menimang cahaya mata ketiga. Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021.
Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira. Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Maryam