Ditanya mengenai pengakuan bersalah yang dibuat bekas suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies terhadap tuduhan berkhalwat, pelakon dan penyanyi Bella Astillah hanya mampu mengucapkan syukur.

Memetik mStar Online, Bella bagaimanapun enggan mencampuri urusan Aliff disebabkan mereka tidak mempunyai ikatan lagi.

BACA: Ruhainies, Aliff Aziz Mengaku Salah Tuduhan Berkhalwat

“Alhamdulillah, bagi saya apa saja keputusan mereka buat, sama ada mengaku bersalah atau sebaliknya ia bukan lagi tanggungjawab saya. Saya hanya mahu fokus terhadap diri sendiri dan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, ditanya adakah pengakuan yang dibuat oleh Aliff dan Ruhainies memberi sebarang makna terhadap apa yang berlaku selama ini, Bella enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak mahu ulas lebih lanjut, bimbang jika tersalah cakap. Tapi, apa pun, saya percaya kalau kita berbuat baik, insya-Allah yang datang pada kita pun perkara yang baik,” katanya.

Pada 9 Mac tahun lalu, mereka dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

SUMBER: Kosmo, mStar Online

×