Sudah empat bulan berada di Penjara Wilayah Narathiwat, penyanyi tersohor Kelantan, Eda Ezrin berkata dia mengalami penurunan berat badan dan tidak lena tidur.
Memetik Sinar Harian, Eda berkata setiap hari dia memikirkan mengenai hari keputusan perbicaraan pada 6 Mac ini dan menunaikan solat hajat agar dipermudahkan urusan.
BACA: Penyanyi Bae Soba Bae & 5 Yang Lain Mengaku Ambil Dadah, Tapi Tidak Memiliki
“Setiap malam saya solat sunat hajat memohon pertolongan Allah untuk memudahkan urusan,” katanya.
Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia sudah mampu memahami Bahasa Thai selepas mengikuti kelas serta banyak menghabiskan dengan mengaji Al-Quran.
“Dengar penghuni lain di sini bercakap, saya faham, Tetapi saya hendak bercakap tidak pandai. Di sini saya banyak menghabiskan masa mengaji al-Quran, belajar agama dan melakukan beberapa aktiviti lain yang disediakan,” katanya.
Dalam pada itu, dia juga boleh memilih makanan yang ingin dimakan selain menu disediakan oleh pihak penjara serta beranggapan apa yang berlaku adalah teguran dari Allah.
“Alhamdulillah, semuanya baik-baik di sini, banyak buat amal. Saya anggap apa yang berlaku ini adalah teguran daripada Allah, mungkin sebelum ini banyak lalai,” katanya.
Mahkamah Wilayah Narathiwat menetapkan tarikh 6 Mac sebagai keputusan kes penyanyi wanita itu bersama suami, Mohd Affendi Ahmad serta empat lagi rakan mereka.
Terdahulu, kesemua tertuduh tidak mengaku bersalah memiliki sejumlah 6,059 biji pil yaba sewaktu pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
SUMBER: Sinar Harian