Bakal menyambut Ramadan tanpa isteri selepas bercerai empat bulan lalu, pelakon Fattah Amin berkata bulan puasa kali ini berbeza dan sayu.
Memetik HibGlam, Fattah berkata dia mengakui rasa kehilangan dan berbeza kerana tiada lagi isteri yang akan kejutnya untuk bersahur namun dia perlu kuat untuk terima apa yang ditakdirkan.
BACA: Sudah Nafi, Netizen Yakin Fattah Amin & Amira Othman Bercinta
“Rasa sayu dan berbeza. Betul, memang akan berbezalah. Sebagai manusia biasa, walaupun kita lelaki, tetapi ada masanya kita akan tetap terbuai dengan perasaan itu.
“Tetapi saya perlu kuat dan apa yang terjadi sebelum ini sudah ditakdirkan. Sebagai orang Islam, harus percaya pada qada dan qadar, sampai masa sudah tertulis jodoh, rezeki dan ajal. Harus muhasabah diri dan terima dengan hati yang terbuka,” katanya.
Sementara itu, Fattah bersyukur kerana masih mempunyai keluarga untuk menyambut Ramadan bersama serta akan memastikan dia dapat menyambut dan mendidik anaknya Nur Fatima Aisya mengenai Ramadan.
“Sebagai bapa saya akan berusaha untuk bersama-sama menyambut Ramadan bersama Fatima kalau diberi peluang dalam jadual ditetapkan (hak pengiliran jagaan anak).
“Walaupun Fatima masih kecil dan tidak berpuasa, memang saya mahu ada masa untuk berbuka dengan keluarga saya serta meraikan anak.
“Dia masih kecil tetapi berhak tahu tentang Ramadan, sebagai ibu bapa kita harus fahamkan erti Ramadan kepadanya secara perlahan-lahan,” katanya.
SUMBER: HibGlam