“Seronok Setiap Hari Ada Orang Hidang Nasi Di Rumah” – Syafiq Kyle

Pelakon Syafiq Kyle menjelaskan keputusan untuk mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak adalah bagi menghormati keputusan keluarga.

Memetik HibGlam, Syafiq berkata majlis tersebut hanya dihadiri kenalan rapat serta berpendapat berita baik itu dikongsikan pada hari pernikahan adalah lebih baik.

BACA: Syafiq Kyle, Mimi Lana Nikah Hari Ini

“Sebab saya rasa setiap jalan kerja yang dilakukan untuk sampai ke hari pernikahan itu, saya hanya buat yang perlu sahaja. Secara tertutup itu adalah atas kehendak dan persetujuan keluarga.

“Jadi saya respek pihak Mimi dan dia juga hormat pihak saya, perkara itu sudah dibincangkan dengan pengurus kita. Kami ambil pendekatan untuk kongsi pada hari pernikaha, itu lebih baik,” katanya.

Berkongsi mengenai kehidupannya selepas bergelar suami, Syafiq mengakui seronok apatah lagi kini mempunyai isteri yang boleh menyediakan keperluannya di rumah.

“Alhamdulillah, doa baik-baik anda semua yang sentiasa ada dengan saya ini membawa saya dan Mimi ke jenjang pelamin. Tapi saya akui sekarang kami berdua sibuk, nak bercuti pun tak sempat lagi. Insya-Allah lepas raya kami bercuti.

“Kalau nak cakap perubahan terbesar selepas bergelar suami, macam tiada apa sangat sebab tak sampai sebulan lagi cuma seronok setiap hari ada orang hidang nasi di rumah,” katanya.

Syafiq dan Mimi sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga teman rapat pada 14 Februari lalu.

SUMBER: HibGlam

×