Pelakon Datuk Fizz Fairuz berkata dia berhasrat untuk menghantar anak-anaknya mendalami ilmu agama dengan mendaftarkan mereka ke sebuah tadika tahfiz di Pahang.
Memetik mStar Online, Fizz berkata dia melihat ianya usaha yang baik apabila ada yang menawarkan pengajian hafazan Al-Quran untuk peringkat pra-sekolah.
BACA: Fizz Fairuz, Almy Nadia Timang Anak Perempuan Kelima
“Bila tahu mengenai pra sekolah itu sudah tentu saya teruja memandangkan jarang sekali ada tadikah memberikan tumpuan hafazan Al-Quran untuk kanak-kanak,” katanya.
Menurut Fizz, dia berpendapat ibu bapa boleh pertimpangkan menghantar anak ke pusat pengajian berkenaan, setidaknya ilmu yang dipelajari mampu menjadi bekalan buat mereka di akhirat.
“Rasanya ibu bapa di Pahang dan kawasan sekitar boleh mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke sana. Setidak-tidaknya akan jadi bekalan mereka di kemudian hari,” katanya.
Dalam pada itu, Fizz mengakui dengan kemajuan teknologi dimana kita boleh mengetahui banyak perkara hanya di hujung jari, ianya cabaran besar buat ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.
“Sekarang semuanya sudah di hujung jari dan mereka lebih mudah meneroka apa saja yang dimahukan. Saya sendiri masih pantau aktiviti anak-anak jika berada di rumah,” katanya.
Fizz mendirikan rumah tangga dengan Almy Nadia pada April 2014. Mereka dikurniakan empat cahaya mata perempaun, Nur Afrina Arianna, 10, Nur Afrina Aurora, 9, Nur Afrina Ayra, 7, Nur Afrina Aisyah, 4 tahun dan Nur Afrina Alisya 5 bulan, serta turut mempunyai seorang anak anagkat iaitu Nur Afrina Darwisyah berusia 16 tahun.
SUMBER: mStar Online