“Imran, Minta Maaf Kepada Ellie Suriaty Dengan Ikhlas & Beradab”

Pelakon Tiz Zaqyah menitipkan pesanan kepada pempengaruh Imran Bard untuk membuat permohonan maaf secara beradab kepada Ellie Suriaty.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Tiz berkata dia tidak bersetuju dengan cara Imran membuat permohonan maaf serta perjalanan kerjayanya masih lagi panjang.

BACA: “Sebelum Kau Kena Saman, Baik Kau Diam” – Lana Nodin

“Imran, awak telah menyinggung perasaan orang lain dan cara terbaik ialah meminta maaf dengan cara yang sepatutnya, ikhlas dan beradab. Saya kurang bersetuju dengan cara awak meminta maaf sebelum ini.

“Awak ada perjalanan yang masih panjang, tetapi jika begini sikapnya maaf tiada ubat. Semoga dipermudahkan untuk mak awak yang sedang sakit juga,” katanya.

Sementara itu, Tiz turut menyifatkan Ellie seorang individu yang baik serta sering memberi semangat kepada individu di sekelilingnya.

“Saya adalah individu yang sangat kenal diri sendiri dan tidak mudah untuk menyayangi serta mempercayai orang lain. Namun Ellie adalah individu yang cantik secara dalaman, ikhlas dan sering memberi kata-kata semangat,” katanya.

Terdahulu, Ellie meminta ibu bapa Imran membuat permohonan maaf susulan tindakan pempengaruh itu yang didakwa telah mencalar namanya menerusi video di TikTok.

Ellie berkata dia kecewa dengan tindakan Imran yang didakwa mempermainkan nama baik dan mengaitkan dirinya dengan penyalahgunaan dadah biarpun ianya hanya video parodi.

SUMBER: Kosmo

×