Perkongsian pelakon Puteri Sarah menjadi perhatian ramai apabila dlihat berada di sebuah pusat pemeran kereta untuk membawa pulang kereta barunya.
Menerusi video itu, Puteri Sarah dilihat bersama seorang perunding jualan, namun jenis dan jenama kereta itu masih dirahsiakan.
BACA: Puteri Sarah Akui Terkejut Bila Tahu Diana Danielle Nak Cerai
@puterisarahliyana Alhamdulillah syukur rezeki hari Jumaat ?? Thank you @rd_garage
Dalam hantaran berkenaan, Puteri Sarah meluahkan rasa syukur diatas rezeki buat dirinya.
Diruangan komen, komen salah seorang netizen menjadi perhatian apabila mendakwa kereta itu adalah hadiah daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof.
Bagaimanapun, Puteri Sarah menafikan dakwaan berkenaan serta mempersoalkan mengapa bekas suaminya mahu berikan hadiah kepadanya.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 namun bercerai pada 14 Jun 2023. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul dan Sumayyah.