Pelakon Eyka Farhana dikatakan sedang menghitung hari bahagia apabila dilihat memakai selempang ‘bride to be’ yang bermaksud bakal pengantin dalam satu video.
Menerusi video dikongsikan pengacara, Yaya Zahir, Eyka diraikan dalam satu parti bujang yang turut dihadiri rakan-rakannya antaranya Azira Shafinaz, Amelia Henderson, Yaya dan Mimi Lana.
BACA: Eyka Farhana Dedah Tunang Ogos Lalu, Bakal Nikah Awal Tahun Depan
@zuhairahzahir ??? fun night celebrating our girl Eyka ???
Eyka dilihat mengenakan dres hitam menyanyi secara ‘lip sync’ lagu Garam Dan Madu bersama rakan-rakannya yang lain.
Video dikongsikan itu sekaligus memberi bayangan hari bahagia Eyka dan tunangnya, yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid bakal berlangsung tidak lama lagi.
Pada November tahun lalu, Eyka mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan Akhyar pada Ogos lalu.
Menerusi temu bual bersama satu stesen radio, Eyka berkongsikan bakal mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan (tahun ini).