Sejak semalam, pendedahan isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mengenai masalah rumah tangga yang dihadapinya mengejutkan ramai.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Fara tetap meluahkan rasa syukur meskipun ada netizen menganggap apa yang dilaluinya itu adalah kirafah atas perbuatannya masa lalu.
BACA: “Kau Hina Cakap Aku Mengandung Anak Haram, Panggil Aku Jalang”
Menurut Fara lagi, dia bersyukur kerana perbuatannya dibalas di dunia dan dapat meringankan beban di akhirat kelak.
“Kifarah? Alhamdulillah…Karma? Alhamdulillah..Ujian? Alhamdulillah. Alhamdulillah balasa saya kat dunia, inshaa Allah ringat kat akhirat. Ujian? Alhamdulillah sekurangnya Allah perhatian pada saya, ingat saya,” tulisnya.
Semalam, Fara mendakwa suaminya mengabaikan taggungjawab serta tidak pernah melawat selama dia berada di hospital. Farra juga mendakwa dia sering menerima provokasi daripada suaminya itu dan dia sudah lama berdiam diri.