Pelakon sensasi Zarina Anjoulie berkata dia lebih selesa menyimpan kemas mengenai identiti kekasih baharunya untuk mengelak penyakit ain.

Memetik Kosmo, Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju berkata dia sudah serik serta memilih melakukan pendekatan sedemikian berdasarkan pengalaman lalu.

BACA: Luah Rasa Cinta, Zarina Anjoulie Kongsi Video Bercumbu Tanpa Sedar?

“Sekarang saya sudah serik kerana bukan semua orang suka tengok kita bahagia. Selain itu sebolehnya saya cuba elakkan mata ain atau buatkan orang lain berkata buruk.

“Berikutan itu, apabila saya kembali bercinta sekarang, saya selesa untuk lebih ‘low-profile’. Biarlah detik bahagia ini hanya kami yang melaluinya,” katanya.

Berkongsi mengenai jejaka itu, Zarina berkata kekasihnya itu merupakan bekas kekasihnya yang telah dikenali sejak 12 tahun lalu dan merupakan seorang juruterbang. Malah, Anju turut menyifatkan kekasihnya itu lelaki sejati kerana sanggup bersusah senang bersama-sama.

“Sebenarnya kami sudah kenal lama dan pernah bercinta. Ketika itu saya yang banyak membantu dirinya ketika mula bertapak dalam dunia pekerjaan. Tetapi hubungan kami berakhir.

“Namun kami masih berhubung. Saya pun tak sangka hubungan kami terjalin semula. Kini dia pula yang mahu membalas jasa selepas dahulu saya banyak membantunya.

“Bagi saya itulah lelaki sejati. Bukan yang mahu kita susah bersama-sama tetapi bila senang dia ghaib. Apabila tiba saatnya nanti mungkin saya kenalkan, cuma bukan sekarang,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×