Recap: Kelana United FC Dinobatkan Juara Liga Wanita Kebangsaan!

Liga Wanita Kebangsaan 2024 memang penuh aksi dan kejutan! Kalau korang nak tahu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sendiri turun padang untuk menyaksikan perlawanan akhir dan berkongsi beberapa fakta menarik tentang liga yang semakin berkembang pesat ni.

Tahun lalu, liga berlangsung dalam format home & away dengan 8 pasukan bertanding. Sepanjang musim, ada 56 perlawanan, melibatkan 240 pemain wanita serta 21 pegawai wanita, memang meriah!

Selepas pertarungan sengit, Kelana United FC berjaya menjulang piala sebagai juara, sementara Sabah dan Selangor FC masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Sepanjang liga, sebanyak 227 gol dijaringkan. Memang pesta gol habis!

Dari segi sambutan, makin ramai peminat tunjuk sokongan. Lebih 3,000 tiket terjual, dan tontonan dalam talian hampir 150,000. Wow! Nampaknya bola sepak wanita makin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia!

Yang lebih membanggakan, Sabah, yang merupakan juara 2023, kini berada di ranking #11 dalam AFC Women’s Champions League! Satu pencapaian yang membanggakan dan jadi bukti bola sepak wanita Malaysia makin mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Perkembangan bola sepak wanita ni memang sesuatu yang patut kita raikan. Selama ini, sukan bola sepak lebih sinonim dengan lelaki, tapi pemain wanita kini membuktikan mereka juga hebat di padang.

Ia bukan sahaja tentang sukan semata-mata, tetapi juga simbol kesaksamaan dan peluang untuk semua tanpa mengira jantina. Dengan sokongan yang betul, liga seperti ini boleh menjadi batu loncatan untuk lebih ramai pemain wanita menyerlah dan membawa nama Malaysia ke persada dunia.

Hannah Yeoh pun ada memberikan tekanan bahawa betapa pentingnya kita semua terus menyokong Liga Wanita Kebangsaan ni supaya lebih ramai pemain wanita dapat menyerlah dalam sukan bola sepak.

Dengan semangat yang semakin membara, siapa tahu, mungkin kita bakal saksikan Malaysia di pentas antarabangsa satu hari nanti!

Jom teruskan sokongan kita untuk bola sepak wanita! #KitaSemuaTeamMAS

×