“Anak Merajuk Itu Normal, Kita Tak Boleh Jangka Apa Dia Cakap”

Susulan video tular memaparkan anaknya, Nur Fatima Aisya merajuk baru-baru ini, pelakon Fattah Amin menyifatkan ianya adalah normal.

Memetik Kosmo, Fattah berkata apa yang diluahkan ketika itu juga adalah perkara diluar jangkaan apatah lagi Fatima baru saja berusia 4 tahun.

BACA: “Saya Dah Tak Sayang Daddy Lagi”

“Fatima baru berusia empat tahun dan kita tak boleh jangka apa dia cakap. Dia mungkin merajuk dan saya rasa itu normal,” katanya.

Sementara itu, Fattah menafikan dakwaan hubungannya dengan Fatima bermasalah kerana baru saja bertemu semalam dan mereka banyak berbual.

“Ketika saya jumpa Fatima semalam, kami banyak berbual dan reaksinya tidak seperti dalam video yang tular. Meskipun sekarang tidak lagi seperti dahulu dan tak bertemu setiap hari, namun hubungan kami masih kuat.

“Saya tak nampak ada jarak antara kami. Saya dan Fazura juga sebaik mungkin cuba buat Fatima faham dengan keadaan sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Fattah berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang memuat naik klip video itu sehingga ianya tular serta meminta untuk mendoakan yang baik-baik.

“Saya tidak tahu niat sebenar orang yang muat naik video tersebut. Kalau boleh tak mahu ulas isu yang sudah lepas dan Harap tiada lagi kecaman. Doakan yang baik-baik,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×