“Saya Dah Tak Sayang Daddy Lagi”

Anak kepada selebriti popular Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya menjadi perhatian ramai apabila mengatakan dia tidak sayang lagi bapanya.

Menerusi satu video tular di TikTok, difahamkan Fazura ketika itu sedang bersiaran langsung bersama Fatima.

BACA: “Paling Buatkan Saya Sedih Bila Fatima Beritahu Dia Mimpi Daddy”

@syuhadaalis

semoga ad keajaiban kembali bersama semula demi ank ? sedih sngt bila seorang ank wak keluor ayt tu ..dia mcm terluka dgn keadaan #fazuralovers #fyp #masyaallahtabarakkallah

? original sound – SYUHADA ALIS – SYUHADA ALIS

Dalam video tersebut, difahamkan Fazura membaca satu komen netizen yang bertanyakan mengapa Fatima menangis sebelum itu dan kemudian Fazura bertanya kembali kepada anaknya.

Fatima menjawab dia tidak mahu lagi bapanya serta mengatakan dia tidak sayangkan lagi Fattah sekaligus mengejutkan ramai.

“Saya tak nak daddy, saya dah tak sayang daddy lagi,” katanya.

Mendengar jawapan Fatima itu, Fazura bertanya mengapa berkata sedemikian serta mengatakan bahawa Fatima sentiasa sayangkan bapanya.

Seperti sudah disangka, video itu menimbulkan rasa kurang senang  netizen sehingga ada yang mempersoalkan mengapa bertanyakan perkara itu ketika sedang live.

Sementara itu, ada yang mengatakan Fazura sudah melarang anaknya berkata sedemikian serta percaya ianya jawapan jujur dari Fatima dan bukan diajar oleh ibunya.

×