Penyanyi Shila Amzah mendedahkan pernah ditawaran gelaran Datuk beberapa kali namun terpaksa menolak secara baik.
Menerusi podcast Ubai Sentral, Shila berkata dia lebih selesa sebagai individu yang tidak mempunyai pangkat dan dia tidak mengejar gelaran.
BACA: Shila Amzah Trauma Dengan Pulau Pinang, Kongsi Foto Lama Mata Lebam
@ubaimz Misi untuk saya menjadi Datin tak tercapai hmm #fyp #tiktokmalaysia
“Saya rasa layak atau tidak itu adalah subjektif tapi kalau boleh, tak naklah. Saya pernah tolak tawaran beberapa kali sebab diberi (gelaran Datuk) akan ada yang ‘riki-riki’. Saya lebih gemar dan selesa sebagai Shila Amzah saja, selesa dengan apa yang saya ada sekarang.
“Orang nak bagi gelaran sedaya upaya saya elak. Bukan tak hargai cuma ini bukan yang saya kejar. Saya tak mahu ada jurang,” katanya.
Sementara itu, Shila sempat berseloroh dengan Ubai dengan mengatakan dia hanya menunggu gelaran datuk dan nenek selepas anak mereka berkahwin suatu hari nanti.
“Kalau awak (Ubai) diberikan gelaran Datuk pun saya tak nak sebab kalau saya betul kejar gelaran itu, baik saya kahwin dengan orang yang dah ada gelaran sebelum ini.
“Kalau betul nak gelaran, biarlah anak kita dah kahwin nanti dia yang bagi gelaran datuk dan nenek pada kita,” katanya.
Untuk rekod, Shila popular di China selepas memenangi pertandingan nyanyian realiti Asian Wave di Shanghai pada 2012.