Pelakon Nelydia Senrose akhirnya tampil bersuara mengenai isu terpalit dirinya apabila kembali tidak berhijab selepas lama berdiam diri.
Memetik mStar Online, Nelydia meminta agar diberi ruang serta mengatakan dia tidak akan berhenti untuk menjadi manusia lebih baik.
BACA: Penampilan Nelydia Sentose Bercuti Ke Cameron Highland Jadi Perhatian
“Macam saya pernah cakap sebelum ini saya sedang mencuba dan tak akan berhenti mencuba menjadi manusia lebih baik. Saya tak komen lanjut tentang itu, saya rasa itulah jawapan daripada saya,” katanya.
Sementara itu, Nelydia berharap agar orang ramai dapat mendoakan terbaik buat dirinya serta enggan mengulas mengenai kritikan diterimanya.
“Jadi saya harapkan orang ramai supaya saya menjadi lebih baik, saya tahu doa-doa itu akan berbalik kepada diri mereka semula. Saya tak nak ulas lanjut mengenai perkara ini,” katanya.
SUMBER: mStar Online