Selepas bercerai pada Oktober tahun lalu, penyanyi Kaka Azraff dan bekas suaminya, Adam Azriff didakwa sudah kembali rujuk sebagai suami isteri dalam tempoh idah.
Lebih menguatkan lagi khabar tersebut, Adam dilihat ada memuat naik gambar mereka bersama ketika menghadiri sebuah acara fesyen.
BACA: Kaka Azraff Kongsi Petikan Kahwini Lelaki Yang Tahu Tanggungjawab
Menerusi perkongsian berkenaan, Adam turut meluahkan rasa cinta serta bersyukur dengan aturan Allah mengenai jodoh mereka.
“Bila mereka kata semuanya sudah tertulis, aku berdoa kepada Allah agar namamu tertulis di sebelah namaku. i love you a trillion, Kaka Azraff,” tulisnya.
Perkongsian Adam itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur melihat pasangan itu rujuk semula serta mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia.
Semalam, media melaporkan seorang artis wanita terkenal didakwa telah kembali rujuk bersama bekas suaminya dalam tempoh idah.
Terdahulu, Kaka dan Adam sah bercerai talak satu dan pengesahan lafaz cerai itu difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober lalu.