Tahun 2024 boleh dikatakan banyak rumah tangga selebriti Malaysia runtuh serta berakhir dengan perceraian sekaligus mengejutkan ramai peminat.
Sudah memasuki tahun baru, mereka yang bercerai tahun lalu dilihat sudah pun move on dengan kehidupan baru, malah ada pasangan yang dikhabarkan telah rujuk semula.
Memetik Kosmo, artis popular berkenaan difahamkan rujuk dalam tempoh idah namun belum mendedahkan kepada umum mengenai berita tersebut.
Difahamkan, ada yang terjumpa pasangan ini menghadiri majlis bersama, sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka kini telah kembali bersama.
Artis tersebut juga kelihatan ceria dan berseri-seri serta bahagia seperti orang sedang hangat bercinta. Jika benar perkhabaran tersebut, semoga rumah tangga selebriti itu kekal bahagia hingga ke syurga.
SUMBER: Kosmo