Pelakon Sharifah Sakinah tampil memberikan respon apabila digelar ‘penyondol’ tua oleh penonton menerusi drama Curang Tanpa Niat.
Difahamkan, ada yang kurang senang dengan karakter dilakonkan Sakinah serta mengatakan Sakinah terlalu tua untuk watak penyondol.
BACA: Sharifah Sakinah Mohon Maaf Dukung Anak Anjing
View this post on Instagram
“Korang, aku ni pelakon yang berkarakter. Dalam cerita ni aku ada karakter. Aku bukan penyondol biasa macam Sophia Albarakbah tu.
“Dalam cerita ini umur aku 48 tahun. Sebab tu perlu nampakkan aku tua. Korang faham ke tidak? Aduhai, nak kena jelaskan pula,” katanya.
Sementara itu, Sakinah berkata dia sedia mengubah imej dengan apa yang dimahukan dalam sesebuah jalan cerita.
“Kalau aku jadi pontianak, aku hodohkan diri aku. Ini kalau aku jadi macam ini, memanglah solekan begini. Selepas ini kalau watak aku 18 tahun, kau tengoklah aku jadi 18 tahun. Muka aku ini bonus, kau orang tahu tak?” katanya.