Ruhainies Disaran Cari Suami Pangkat Datuk, Tak Sepadan Dengan Aliff Aziz

Meskipun hampir setahun berlalu, namun kontroversi pelakon sensasi Ruhainies ditangkap khalwat dengan pelakon Singapura, Aliff Aziz masih lagi menjadi bualan.

Baru-baru ini tular komen seorang netizen mengatakan Aliff bukan lelaki yang sesuai dengan Ruhainies dan individu turut menyarankan aktres berkenaan mencari lelaki bujang yang kaya raya.

BACA: Lepas Misi Selawat 1,000 Kali, Ruhainies Sertai Majlis Ilmu UAI

Menerusi komen ditinggalkan itu, individu itu turut mencadangkan Ruhainies mencari pasangan yang berpangkat Datuk berbanding Aliff Aziz.

Komen individu itu turut mendapat perhatian Ruhainies yang membalasnya dengan nada santai, mengucapkan terima kasih atas “cadangan” tersebut.

×