Pelawak dan usahawan Shuib menjelaskan tangan kanan anak bongsunya Ayash Affan kurang berfungsi disebabkan dilahirkan tidak cukup bulan.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Ayash dilahrikan pada usia kandungan enam bulan ketika itu dan doktor memberitahu anaknya itu tidak mampu bernafas dengan bik sehingga memerlukan bantuan oksigen.

BACA: Watie Mengucap Panjang Netizen Minta Shuib Cari Isteri Baru

“Ramai yang bertanya tentang keadaan tangan kanan Ayash ini, sebenarnya disebabkan dia dilahirkan tidak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.

“Doktor yang sambut ketika Ayash dilahirkan beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru.

“Disebabkan itu, oksigen lambat sampai otak selain ada kesan calar di belakang otak, jadi pada awalnya sebelah tangan tidak begitu berfungsi,” katanya.

Sementara itu Shuib turut berkongsikan keadaan tangan anaknya yang sentiasa menggenggam termasuk caranya berjalan namun kini menunjukkan perkembangan yang positif.

“Alhamdulillah, sekarang tangan kanan dia sudah kerap bergerak. Dulu tangan dia asyik genggam sekarang sudah mula terbuka sedikit.

“Masa usia dua tahun pun, cara berjalan dia agak senget ke sebelah kanan. Walaupun dilahirkan tak cukup bulan, Ayash memiliki otak yang sangat bijak dan sangat tidak menyusahkan,” katanya.

×