“Wanita Itu Kru Penganjur, Saya Pun Tidak Rela Disentuh”

Pelakon Fattah Amin tampil mendedahkan situasi sebenar selepas tular video memaparkan seorang wanita didakwa memegang lengannya ketika hadir di sebuah acara baru-baru ini.

Memetik Kosmo, Fattah berkata wanita itu merupakan kru majlis yang bertugas mengiringinya ketika acara berlangsung. 

BACA: “Muka Fattah Nampak Tak Suka” – Wanita Pegang Lengan Fattah Amin Dikecam

Menurut Fattah, wanita berkenaan cuba membantunya serta tiada niat menyentuhnya sesuka hati sebaliknya hanya menjalaskan tugas agar acara berjalan lancar.

“Wanita itu sebenarnya petugas penganjur. Ketika itu, dia hanya cuba membantu saya bergerak ke bawah pentas bagi memastikan atur cara acara berjalan lancar.

“Dia hanya cuba nak cepatkan pergerakan saya. Tapi kebetulan kamera banyak menyorot situasi itu sampaikan buat anggapan tidak baik tentangnya.

“Ketika itu, saya pun tidak rela disentuh. Malah, tangan saya berada dalam poket. Saya yakin dia tidak berniat sesuka hati menyentuh saya,” katanya.

Sementara itu, Fattah mengakui terkejut perkara itu menjadi bualan  dan menjadi kecoh sehingga wanita berkenaan dikecam.

“Kasihan juga dekat dia kerana isu ini sebenarnya di luar kawalan. Saya sendiri terkejut apabila perkara ini menjadi perbualan ramai,” katanya. 

SUMBER: Kosmo

×