Pagi tadi hangat diperkatakan mengenai rumah pelakon popular Rozita Che Wan atau Che Ta diserbu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Susulan itu, pelbagai barangan rumah milik Che Ta bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah selepas pelakon itu gagal melunaskan pinjaman hampir RM1 juta.
BACA: Gagal Bayar Pinjaman Mara Hampir RM1 Juta, Rumah Che Ta Diserbu
Peguam yang mewakili Mara turut menyerahkan writ kepada ibu Che Ta berikutan aktres itu tiada di rumah.
“Ini kehadiran kali kedua ke rumah Rozita. Kami pernah hadir kali pertama bulan lalu tetapi tidak mendapat kerjasama. Jadi kali ini kami dapat perintah mahkamah untuk masuk.
“Nilai anggaran barang rumah tadi tidak sampai RM100,000, kebanyakan barangan peribadi,” katanya.
Tambahnya lagi, pihaknya menunggu arahan lanjut mahkamah untuk melakukan proses lelongan yang dijangka dalam dua minggu lagi.
SUMBER: Sinar Harian