Selebriti popular Neelofa menitipkan ucapan istimewa kepada adiknya, pempengaruh media sosial, Ameera Khan bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-24.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Neelofa meluahkan rasa bangga dengan adiknya itu serta mendoakan agar Ameera menemui jodoh yang baik.
BACA: Ameera Khan Suka Lelaki Pandai Melawak
“Ameera, saya sangat bangga dengan awak dan awak jadi seorang wanita yang hebat.
“Doa saya untuk awak adalah semoga jumpa suami yang sempurna yang akan membantu memperlihatkan diri awak dari dalam yang sebenar,” tulisnya.
Sementara itu, Neelofa turut mendoakan agar perniagaan yang diusahakan Ameera itu terus maju serta adiknya mencapai kejayaan.
“Teruskan mengejar impian ‘LMK’ dan ‘Ellemkay’ yang besar. Saya tahu awak akan merealisasikan dan ubah menjadi realiti yang indah.
“Tak sabar untuk melihatkan segala kejayaan itu. Teruskan mengapai kejayaan awak. Love you sangat sayang,” tulisnya.