Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Nur Fazura menjadi perhatian ramai apabila tampil bersama anak perempuannya Fatima menerusi siaran langsung di Instagram.

Menerusi siaran langsung yang dikongsikan semula di Instagram, Fazura menjawab persoalan dan pertanyaan daripada peminatnya di ruangan komen.

BACA: Bukan Nak Riyak, Fazura Lebih Bahagia Lepas Cerai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Apa yang mencuri perhatian adalah respon bersahaja daripada Fazura apabila ada seorang peminat bergurau dengan melamar dan mengajaknya berkahwin.

“Allahu, idah tak habis lagi nak kahwin macam mana,” katanya.

Sementara itu, Fazura turut berkongsi cara dia menghadapi dugaan serta mengatakan ujian diberikan kepadanya itu membuatkan dia lebih kuat serta lebih mendektkan diri kepada Allah.

“Allah berikan ujian hebat kepada orang yang mampu hadapi, ia buatkan saya lebih munasabah diri dan dapat petunjuk daripada Allah.

“Mungkin ada kekurangan saya yang perlu saya baiki dan ujian-ujian ni buat saya lebih kuat, bersyukur sebab tak semua orang dapat ujian sehebat saya ni.

“Maksudnya ada keistimewaan Allah nak bagi dan pengajaran. Paling penting kalau saya tak sabar, menikmati ujian ini bereerti saya tak bersyukur. Bagaimana saya sekuat ini sebab sering mendekatkan diri dengan Allah,” ujarnya.

×