Seorang perancang kewangan, Syafique Zainuddin mendedahkan bahawa pelakon Fattah Amin tidak pernah putus membuat caruman takaful untuk ibu bapanya sejak tahun 2015.
Menerusi perkongsian di Facebook, Syafique memaklumkan pelakon itu turut menukar penama caruman hibah takaful kepada ibunya, Azizah Abdul Ghani.
BACA: Baju Fattah Amin ’Sold Out’ Dalam Masa 22 Saat
Menurutnya lagi, ibu kepada aktor itu menjadi pemegang amanah untuk diagihkan kepada anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya jika berlaku sesuatu pada Fattah.
“Alhamdulillah since 2015 jaga takaful Fattah dan keluarga. Dia tak pernah putus buat caruman takaful ibu bapa dia dari dulu lagi walau macam mana keadaan dia pun.
“Hari ini (Rabu) selesaikan beberapa urusan untuk ubah penama hibah takaful Fattah kepada ibunya. Pemegang amanah untuk agihkan pada Fatima kalau apa-apa berlaku pada Fattah. Kita merancang tapi Allah maha merancang. Semoga terus sukses sahabat,” tulisnya.
Terdahulu, Fattah dan bekas isterinya Fazura disahkan bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
SUMBER: FB Syafique