AC Mizal Nafi Dakwaan Tak Bayar Gaji Pekerja, Anggap Ia Fitnah

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila seorang individu mendakwa sudah tiga bulan tidak menerima gaji daripada stesen televisyen milik seorang pengacara popular berstatus Datuk.

Pemilik stesen SUKETV iaitu Datuk AC Mizal tampil menjawab serta memberi kenyataan berhubung isu berkenaan yang disanggap sebagai fitnah.

BACA: “Memang Sekarang Wajib Jatuhkan Maruah Orang Di Kaca TV Ke?” – AC Mizal

“Assalamualaikum semua. Saya AC Mizal terpanggil untuk menjawab kenyataan fitnah dan tohmahan yang tular di media sosial oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.

“Sepatutnya saya tak perlu balas dan jawab kenyataan yang tular tetapi memandangkan ramai yang tahu dan bertanya mengenai isu ini, untuk mengelak salah faham dan fitnah saya perlu jelaskan isu ini.

“Saya telah mengarahkan peguam saya dan pihak Suke Tv untuk ambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu terbabit,” katanya.

Sementara itu, AC Mizal telah mengarahkan peguam dan syarikat SUKETV mengambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu yang terlibat.

“Cuma saya nak nyatakan kenyataan fitnah tersebut disebarkan oleh bekas staf yang antaranya telah ditamatkan perkhidmatan mereka oleh syarikat kerana didapati melanggar syarat perkhidmatan dengan syarikat.

“Kami mempunyai semua bukti tetapi kami tak akan canang dekat umum. Tindakan seterusnya, saya serah dekat proses undang-undang mahkamah dan keadilan negara kita. Mohon fikir secara tenang dan henti sebar fitnah yang tak berasas,” katanya.

SUMBER: SUKETV

×