Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah meluahkan rasa teruja menanti hari bersalin anaknya, Tallisya dan bakal menimang cucu pertama.
Memetik mStar Online, Shahirah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera berkata dia turut perpesan kepada anaknya supaya bersalin di Kuantan, Pahang kerana dapat banyak promosi.
BACA: Sharifah Shahirah Dedah Aman Graseka Minta Bantuan Lagi, Kali Ini Anak Sedang Ditidurkan
“Tipsnya adalah saya minta dia kena banyak bergerak seperti saya sebelum ini, sehari sebelum bersalin pun saya masih bekerja.
“Selain itu, saya cakap yang dia kena beranak di Kuantan sebab nanti dalam kad pengenalan ditulis 06 (kod kelahiran di Pahang). Nanti bolehlah dapat banyak promosi. Selain itu, kita hanya ikut sahaja ada aturannya,” katanya.
Ditanya mengenai tempat berpantang selepas anaknya bersalin, Shiera memaklumkan bahawa dia ada meminta supaya Tallisya berehat dirumahnya.
“Saya ada suruh pantang dekat rumah saya, tapi tidak tahulah macam mana nanti. Kalau saya jaga dia pantang, bolehlah saya pun sama makan makanan tersebut untuk jaga badan,” katanya.
SUMBER: mStar Online