Rezeki Tak Putus Lepas Cerai, Fattah Amin Berlakon Video Muzik Aina Abdul

Selepas sah bercerai pada 7 Oktober lalu, nama Fattah Amin menjadi bualan ramai malah rezeki pelakon itu juga tidak putus apabila menerima banyak tawaran.

Sebelum ini, Fattah dilihat mempromosikan pelbagai produk, aktor itu dilamat untuk membintangi video muzik (MV) lagu terbaru penyanyi popular, Aina Abdul. 

BACA: Fattah Amin Pilih Wanita Bijak Berbanding Cantik

Menerusi satu hantaran Instagram, Aina dilhat memuat naik  ‘teaser’ MV berdurasi 20 saat untuk lagu terbaharunya, “Jadi Ajar Aku”. Dalam video tersebut kelihatan susuk tubuh Fattah tanpa mendedahkan bahagian depan wajahnya.

Difahamkan, video muzik berkenaan sudah pun dilancarkan pada 10 November lalu di saluran YouTube Aina Abdul.

Diruangan komen perkongsian video itu, rata-rata netizen mengatakan mereka menonton video muzik berkenaan kerana Fattah dan ramai yang memuji nyanyian Aina dalam lagu tersebut.

×