Umum mengetahui, pelawak Shuib Sepahtu bersama isterinya, Watie Hanifiah serta anak-anak kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi Instagram, Watie tidak lokek berkongsikan momen indah ketika berada di sana untuk dijadikan kenangan.
BACA: Watie Kongsi Tips Kahwin Lelaki Duda Kehilangan Isteri
View this post on Instagram
Turut menjadi perhatian satu hantaran, Watie mendoakan agar perkahwinannya dengan Shuib dipelihara hingga ke syura. Watie turut menitipkan ucapan terima kasih buat Shuib kerana menjadi suami yang penyayang.
Perkongsian Watie itu menjadi perhatian ramai apabila ramai yang memuji kecantikan usahawan itu meskipun tanpa solekan di wajahnya.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Watie dilihat lebih muda tanpa solekan, malah ada yang berpendapat isteri Shuib itu seperti budak sekolah.