Pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, Alif Awang tidak dapat menahan sebak apabila menghantar anak sulung, Adam Aisy Arrian ke sekolah pendidikan agama untuk mempelajari dan mendalami al-Quran.

Menerusi perkongsian dimuat naik pusat pengajian tahfiz, turut dimuat naik video memaparkan anak sulung Fatin Afeefa membaca lafaz janji di hadapan kedua ibu bapanya.

BACA: Fatin Afeefa Ada Sebab Sorok Kelahiran Anak Ketiga

@akademiakmal

Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz. Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran. Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak. Moga Allah permudahkan langkah mereka ??? #akmalspeedtahfizprogramme #hafizsetahun #akademiakmal #tahfiz #tahfizakmal #alquran #hafizquran #30juzuk #fatinafeefa #hafizquran #fyp #sahamakhirat

? original sound – Akademi Al-Quran AKMAL – Akademi Al-Quran AKMAL

Dalam lafaz berkenaan Adam berjanji akan berusaha untuk menghabiskan hafalannya dalam tempoh satu tahun dan berharap perjalanannya untuk menjadi seorang hafiz dipermudahkan.

“Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz.

“Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran. Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak.

“Moga Allah permudahkan langkah mereka,” tulis pusat pengajian berkenaan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak dan terharu serta kagum dengan cara Fatin Afeefa dan Opai dalam mendidik anak-anak.

Difahamkan, Adam adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama dengan bekas suami Fatin namun pelakon itu tidak mendedahkan perkahwinan itu secara terperinci kepada umum.

×