Hebat! Isteri Fizo Omar Dapat Band 7 Dalam Ujian IELTS

Perkongsian isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri menjadi perhatian apabila meraih keputusan cemerlang dalam ujian International English Language Testing System (IELTS).

Menerusi perkongsian di Instagram, Fazeera yang kini merupakan seorang pensyarah dalam bidang TESL di universiti swasta memperoleh keputusan band 7.

BACA: Isteri Fizo Omar Kini Bergelar Penyarah TESL

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fezyra Nesry (@ffezyranesry)

Untuk ujian pendengaran dan percakapan, Fazeera cemerlang dengan markah 7.5, manakala ujian membaca menyusul dengan 6.5. Bagi ujian penulisan pula, Faz memperoleh markah 6.0.

Perkongsian Fazeera itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bangga dengan pencapaian wanita itu kerana ujian IELTS bukan mudah.

×