Fazura Fail Tuntutan Hadanah Anak Terhadap Fattah

Hampir sebulan bercerai, pelakon Nur Fazura dengan bekas suaminya, Fattah Amin selesai merekodkan persetujuan berkaitan nafkah idah dan anak perempuan mereka iaitu Nur Fatima Aisya yang dipersetujui bersama sebelum ini.

Memetik Kosmo, peguam syarie yang mewakili Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata urusan tersebut selesai hari ini dan ia dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

BACA: Topik Culas Nafkah Bukan Sindir Fattah, Fazura

“Ya, urusan rekodkan persetujuan berkaitan idah dan nafkah anak selesai hari ini. Rekod tersebut adalah seperti yang telah dipersetujui oleh mereka berdua dalam proses perceraian pada Oktober lalu,” katanya.

Sementara itu Fazura juga difahamkan telah memfailkan tuntutan berhubung kes hadanah atau hak penjagaan anak terhadap Fattah.

Perbicaraan berkaitan tuntutan tersebut juga dijangka berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada tarikh yang ditetapkan.

“Tentang hadanah juga telah difailkan dan akan dibicarakan pada tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

SUMBER: Kosmo

×