Kaka Azraff Kongsi Petikan Kahwini Lelaki Yang Tahu Tanggungjawab

Sedang hangat diperkatakan mengenai rumah tangganya, perkongsian penyanyi Kaka Azraff menjadi perhatian apabila memuat naik satu petikan qoute di Insta Story miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Kaka berkongsikan ciri-ciri lelaki yang patut dikahwini oleh seorang wanita iaitu lelaki yang tahu tanggungjawab mereka apabila bergelar suami.

BACA: Dikatakan Bercerai, Kaka Azraff Mohon Beri Ruang

“Kahwinilah seorang lelaki yang menjadi pemberi rezeki. Seorang yang menjadi pemberi rezeki dalam keluarga tidak bermakna dia perlu banyak duit tetapi cukup jika tahu tanggungjawab.

“Bila dia tahu akan tanggungjawab, dia seolah akan memastikan gunung-ganang bergerak supaya dapat memenuhi keperluan isteri.

“Lelaki yang bertanggungjawab adalah lebih bagus berbanding lelaki yang kaya tapi tak menghargai,” kongsi petikan itu.

Dalam perkongsian hari ini, Kaka ada memuat naik satu kenyataan mengucapkan terima kasih buat mereka yang prihatin dengan keadaannya serta memohon ruang buat mereka bersama tiga cahaya mata.

Terdahulu, Kaka dan suaminya, Adam Azriff didakwa telah sah bercerai talak satu dan pengesahan lafaz cerai itu difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober lalu.

×