Pelakon Diana Danielle mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya, aktor Farid Kamil.

Menerusi perkongsian di Instagram semalam, Diana memaklumkan akan memfailkan cerai terhadap suaminya.

BACA: Farid Kamil, Diana Danielle Bakal Bercerai Kali Kedua

Sementara itu, menerusi perkongsian Diana di Threads, ada yang memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu kerana sebelum ini dia sudah memberi peluang selepas rujuk rujuk semula.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan tindakan Diana yang memuat naik mengenai perkara itu kepada umum. Ada netizen mengatakan mereka tidak peduli dan perkara itu tidak sepatutnya diberitahu kepada umum.

Namun, ada yang beranggapan Diana berhak berbuat demikian kerana dia juga manusia biasa dan ada hak untuk meluahkan dimana-mana termasuk di media sosial miliknya.

Semalam, Diana berkata kembali rujuk bukan untuk semua orang serta meminta dirinya untuk dilepaskan. Terdahulu, Diana dan Farid pernah bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun kembali rujuk selepas sebulan berpisah.

×