Dikatakan Bercerai, Kaka Azraff Mohon Beri Ruang

Semalam hangat diperkatakan mengenai rumah tangga penyanyi Kaka Azraff sudah pun berakhir apabila dia dan suaminya, Adam Azriff dikatakan bercerai talak satu.

Pengesahan lafaz cerai yang difahamkan dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam semalam.

BACA: Kaka Azraff Cerai Talak Satu

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata Kaka dilihat hadir ke mahkamah seawal pukul 9 pagi tadi dan dia bersama bekas suaminya dikatakan berpisah secara baik.

Memetik Kosmo, Kaka bagaimanapun belum bersedia untuk memberi sebarang penjelasan serta memohon agar diberikan ruang.

“Salam. Maaf, beri Kaka ruang ya,” katanya.

Untuk rekod, Kaka berkahwin dengan Adam pada 14 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu  Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.

SUMBER: Kosmo

×