Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM berkata dia sentiasa menghormati suaminya, Razman Ramli meskipun dia mempunyai pendapatan lebih tinggi.
Memetik Oh Bulan, Kak KM turut menitipkan nasihat kepada para isteri diluar sana agar tidak memperlekehkan suami dan tetap kena hormat meskipun tidak mempunyai pendapatan tinggi.
BACA: Kak KM Menangis Anak Bujang Nak Masuk Universiti
“Sebenarnya macam ini bila seseorang isteri itu kaya tak bermakna dia tak perlu hormat suami dia. Itu adalah salah. Rezeki saya mungkin lebih daripada suami dan itu adalah ‘bonus’ yang Allah nak bagi tapi kita masih ada suami, kena hormat.
“Tak boleh perlekehkan dia dan kena selalu ingat bahawa suami itu adalah suami kita. Dia ada ‘level’ yang perlu kita hormat.
“Jadi, tak adanya nak beza-bezakan ke apa. Macam mana sekali pun suami kita itu, miskin ke tak pandai ke apa tetap kena hormat,” katanya.
Dalam pada itu, Kak KM turut menasihati wanita di luar sana untuk tidak menjadikan duit dan pangkat untuk merasakan diri hebat sehingga hilang hormat pada suami kerana rezeki adalah dari Allah yang boleh ditarik bila-bila masa saja.
“Jangan jadikan duit kuasa sehingga membuatkan kita rasa kita hebat dan ada segala-galanya. Rezeki ini kalau Tuhan nak tarik, habis. Duit dan kemewahan ini adalah pinjaman ja. Jangan ingat kita akan selama-lamanya hidup senang. Senang cakap, jangan jadi orang kaya bodohlah,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan