Sharnaaz Ahmad Kini Pemilik Kelab Bola Sepak

Pelokon Sharnaaz Ahmad kini pemilik kelab bola sepak Carabat Football Club (FC). Perkara itu diumumkan menerusi Instagram rasmi kelab bola sepak berkenaan sebentar tadi.

Dalam perkongsian itu turut menyatakan aktor berkenaan mempunyai visi yang berani yang bakal membawa kejayaan kepada kelab berkenaan.

BACA: Noor Nabila Doa Sharnaaz Ahmad Kahwin Cepat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CarabatFC (@carabatfc)

“Memperkenalkan Sharnaaz Ahmad sebagai pemilik baharu Carabat FC!

“Sebagai seorang yang berwawasan, Mamu memiliki visi yang jelas untuk pasukan ini menguasai lawan dalam setiap perlawanan yang mereka hadapi dengan kekuatan dan keberanian,” tulis kenyataan itu.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengucapkan tahnia kepada Sharnaaz serta tidak sabar melihat pasukan itu beraksi.

×